UMNO camps Prime Minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and the Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives, Tan Sri Noh Omar launched the Coop Mart at the Pudina Malaysia Civil Servants Housing (PPAM), Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazete / 15 APRIL 2022
Prime Minister, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and the Minister of Entrepreneur Development and Cooperatives, Tan Sri Noh Omar launched the Coop Mart at the Pudina Malaysia Civil Servants Housing (PPAM), Putrajaya. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazete / 15 APRIL 2022. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar hadir pada Majlis Pelancaran Coop Mart di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Pudina, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 15 APRIL 2022.

PUTRAJAYA – Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara memilihnya sebagai calon Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) membuktikan parti Melayu itu semakin kukuh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesepakatan yang ditunjukkan pimpinan UMNO semalam membuktikan dakwaan sesetengah pihak kononnya wujud beberapa kem di dalam parti itu tidak berasas.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada presiden, timbalan presiden, Top Five dan semua ahli MKT UMNO kerana secara sebulat suara menyokong saya sebagai calon Perdana Menteri lepas PRU-15 jika BN memenangi pilihan raya.

“Ini menunjukkan bahawa UMNO terus bersatu walaupun macam-macam pihak menyatakan ada kem dan sebagainya dalam UMNO tetapi keputusan semalam jelas menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan masyarakat adalah tidak benar.

“Ini kerana UMNO terus kukuh, solidaritinya kuat, jadi tiada kem pun di dalam UMNO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, mesyuarat MKT UMNO sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri sekiranya BN memenangi PRU-15.

Mesyuarat MKT UMNO dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi rata-ratanya mahu Ismail Sabri meneruskan khidmatnya dalam mendepani dan memenangi PRU-15.

Sementara itu, mengulas perjanjian persefahaman dengan pembangkang, Perdana Menteri akur kepada keputusan UMNO untuk tidak meneruskannya sehingga 31 Julai ini.

“Semalam keputusan sudah dibuat iaitu sehingga 31 Julai ini (kerjasama) kita akan tunggu sehingga tarikh itu. Setakat semalam MKT UMNO mengatakan bahawa tidak perlu sambung MoU, itu keputusan setakat hari ini.

“Apa-apa pun kita tunggu sehingga atau selepas 31 Julai ini,” katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, sebarang perubahan akan dibawa kepada MKT UMNO sebelum keputusan muktamad diambil kerajaan pimpinannya.

“Sepatutnya, kita akan tengok keputusan MKT itu biasanya perlu diikuti. Kalau berlaku apa-apa atau perubahan, saya perlu bawa semula kepada MT UMNO semula, iaitu keputusan MKT.

“Saya sebagai Naib Presiden UMNO tentu sahaja tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh MT UMNO. Keputusan itu sehingga 31 Julai ini, sekarang masih lagi April, kita tunggulah, kalau tak ada apa-apa keputusan itu kita akan laksanakan.

“Kalau ada apa-apa perubahan, MKT akan bincang semula,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MKT UMNO sebulat suara namakan Ismail Sabri calon PM bagi PRU15

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast