Foto Instagram Izara Aishah.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan model, Izara Aishah berpendapat sebagai seorang peguam terutamanya beragama Islam, mereka harus mempunyai batas.

Tambahnya, mereka perlu berpegang kepada prinsip asas Islam.

“Anda tidak perlu bersetuju dengan individu yang melakukan jenayah semata-semata untuk membuktikan anda bijak,” tulisnya di media sosialnya.

Pada masa yang sama, isteri kepada Muhammad Adib Khalid turut menasihati setiap pengamal undang-undang untuk menjaga maruah sendiri agar tidak tercalar disebabkan sesebuah kes.

“Lindungi reputasi anda dan sekurang-kurangnya menjaga maruah,” tegasnya.

Ciapan itu mungkin merujuk kes penderaan remaja Sindrom Down, Bella yang didakwa menjadi mangsa dera oleh pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sedang hangat menjadi bualan di kalangan warganet.

Ini kerana salah seorang peguam tertuduh dilihat berkongsi gambar bersama anak guamnya seperti tiada sensitiviti kepada mangsa dera iaitu Bella di laman Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, salah seorang peguam tersebut berkongsi di laman Twitter dengan membuat mini love and peace atau cross examination dengan saksi kelima  selain menghuraikan segala soalan dalam bentuk bebenang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast