Cikgu Anita mengibarkan bendera UPSI ketika tiba di Makkah.

KUALA LUMPUR – Figura Anita Yusof atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Anita yang merupakan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman Era UPSI sekali lagi menjadi tumpuan media dan dunia apabila beliau telah mencatat sejarah rider wanita pertama yang melepasi kawalan keselamatan di Tanah Haram pada hari pertama Ramadan, 3 April 2022.

Perjalanan beliau terbukti berliku apabila terkandas di Addis Ababa, Ethiopia sejak Ogos 2020 lalu, ekoran pandemik dan kerenah birokrasi negara terbabit. Beliau terpaksa membayar RM 16,000 bagi ‘menerbangkan’ motorsikal Yamaha FZ 150 tunggangannya. Dan dengan kehendakNya, beliau dapat meneruskan perjalanannya dengan kemas kini di akaun media sosialnya yang menunjukkan beliau menunaikan ibadah di Masjidilharram, Makkah.

Anita Yusof juga menyatakan rasa syukurnya dengan perancangan Allah.

Kejayaan Cikgu Anita jadi kebanggaan buat warga Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah membuktikan bahawa segalanya adalah tidak mustahil jika kita mempunyai azam dan semangat yang tinggi.

Pusat Alumni UPSI menzahirkan ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan cikgu dan terus berharap cikgu terus kekal membawa naik baik dan membanggakan UPSI di serata dunia” ujar Pengarah Pusat Alumni UPSI, Dr Siti Hartini Azmi.

Dalam pada itu, Prof.Madya Dr Norkhalid, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mengucapkan tahniah kepada Cikgu Anita sambil menyifatkan kejayaan wanita itu memberikan inspirasi buat pelajar di UPSI. – MalaysiaGazette