KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon popular, Sabri Yunus menegaskan satu akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama ‘Pok Ya Cong Codei’ adalah bukanlah miliknya.
“Ni bukan saya.. jangan percaya pada ini… Saya tak akan guna nama Pok Ya Cong Codei… dan tak pernah guna… ertinya kalau guna nama tu adalah bukan saya..
“Pun yang pakai nama Sabri Yunus.. juga bukan saya.. Saya tidak bertanggung jawab atas page atau fb ini… Harap orang ramai jangan layan.. buang masa sahaja,” tegasnya.
Pada masa sama, Sabri juga memberi peringatan yang dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan atau menyaman individu yang mewujudkan akaun Facebook berkenaan.
“Kalau ada yang tak betul atau mengarut.. saman saja page ini.. saya akan buat report .. orang ramai juga boleh turut report..takut kalau kalau disalah guna nama ini.. mana tahu akan datang,” ujarnya. – MalaysiaGazette