Ng Wei Wei

KUALA LUMPUR – UOB Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Ng Wei Wei sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita pertamanya, berkuat kuasa 1 Mei 2022.

Beliau akan mengganti Wong Kim Choong yang akan melepaskan jawatan tersebut selepas menerajui bank ini sejak 2012.

Wong akan memainkan peranan baharu sebagai penasihat kanan dan akan menyelia integrasi1 perniagaan perbankan runcit bank dan Citi2 sehingga persaraan beliau yang telah dirancang.

Ng ialah seorang jurubank yang mempunyai pengalaman luas dan pengetahuan mendalam mengenai industri kewangan.

Pada peringkat awal kerjayanya, dari 2000 hingga 2006, beliau telah mengasah kemahiran perbankan dan membangunkan nilai teras di UOB Malaysia.

Berikutan beberapa peranan kepemimpinan di institusi kewangan global di Malaysia dan Hong Kong, beliau kembali ke UOB
Malaysia pada 2019 sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong, sebelum menyandang jawatan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif pada 2021.

Beliau telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan Perbankan Borong UOB Malaysia, selain memajukan keutamaan strategik Bank yang termasuk usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus, dan juga agenda inovasi.

Di samping itu, beliau juga membantu pelanggan berkembang di rantau ini dengan memanfaatkan kesalinghubungan, kepakaran dan keupayaan bank. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wanita pertama ke wanita utama ……
    Kakau pertama ada kedua dan ketiga
    Lalau utama itu ada klass …… barang berkualiti

Comments are closed.