Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan sebanyak 6,069 kes jangkitan baharu Covid-19 semalam dengan 5,959 kes tempatan dan 110 kes import.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, sebanyak 12 kes kematian direkodkan dalam tempoh sama termasuk satu kes berlaku di luar hospital.

Pertambahan itu menjadikan kes kematian terus meningkat kepada 35,449.

Perak merekodkan lima kes kematian dan Johor tiga.

Manakala Kedah, Melaka, Pahang serta Putrajaya masing-masing satu.

Menurutnya, kes aktif pula sebanyak 4,562 dengan 1,988 kes dirawat di hospital.

Katanya, sebanyak 97 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 64 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes Covid-19 di negara ini berjumlah 4,402,234.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast