Petugas Kesihatan mengendalikan jenazah pesakit Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 08 OGOS 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 16 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Daripada jumlah itu, separuh kes berlaku di luar hospital.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 35,465.

Pulau Pinang sebanyak empat kes kematian serta masing-masing tiga kes di Kedah dan Perak.

Manakala Johor dan Selangor masing-masing dua serta Sabah dan Kuala Lumpur satu kes.

Dalam tempoh yang sama, Malaysia merekodkan pertambahan 1,315 ke baharu aktif menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 90,724.

Daripada jumlah itu, 1,955 kes dirawat di hospital termasuk 97 kes dirawat di unit rawatan rapi.

Ia termasuk 63 kes perlu alat bantuan pernafasan.

Menurut KKM, setakat semalam, sebanyal 6,936 kes baharu dilaporkan. – MalaysiaGazette