Ahmad Jazlan Yaakub

KUALA LUMPUR – UMNO Kelantan mendesak Pas memberi penjelasan berhubung isu pendedahan dokumen ‘sulit’ yang dikatakan tercatat dalam Laporan Political Engagement Pas Pusat, yang viral semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, beliau dan seluruh kepimpinan parti terkejut dengan isi kandungan laporan berkenaan, yang mengandungi perancangan dan konspirasi terancang untuk menjatuhkan tiga pemimpin tertinggi parti itu.

“Kandungan dalam minit mesyuarat itu menyebut rancangan untuk memastikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikenakan hukuman penjara dengan mempercepatkan perbicaraan mereka.

“Kandungan lain juga ada menunjukkan rancangan untuk mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan bagi mengaitkan dengan gelaran kluster mahkamah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Jazlan, pendedahan itu menunjukkan ada campur tangan dalam kes rekaan yang sedang dihadapi oleh dua pemimpin utama UMNO itu.

Ini sekali gus memberi gambaran Pas dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia berniat jahat dengan mencampuri sistem perundangan negara menerusi taktik kotor.

Kata beliau, jika perkara itu tidak benar, Pas Pusat perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan tuntas dijalankan kerana ia melibatkan nama baik institusi kehakiman dan perundangan negara yang perlu dipertahankan.

Namun, sekiranya pendedahan itu benar, ianya satu perkara yang amat memalukan negara apabila suatu komplot pemusnahan karakter jahat dan kotor dibuat oleh gabungan Perikatan Nasional (PN) dalam bulan Ramadan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. fitnah PAS terima RM 90 JUTA dari Umno yang dijaja Oleh DAPIGS dan PANKHIANAT serta rm 1.4 juta dijaja ANWARFIKUN….KENAPA TERUS SEPI DAN MEMBISU setelah TIADA BUKTI hampehhh

  2. Siapa pun boleh reka cerita bila dah nampak cahaya dihujung terowong . Tujuannya biar dendam yang membara akan menyala . Kalau kerbau sama bertanduk kalau ular sama berbelit

Comments are closed.