Lim kit siang dipunggah Anwar antirasuah Kerajaan Perpaduan reformasi Parlimen calon pembangkang
Lim Kit Siang

PULAU PINANG – DAP akan mencadangkan supaya bekas pemimpin parti itu, Lim Kit Siang untuk memperoleh gelaran.

Naib Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow berkata, sumbangan Kit Siang kepada pembangunan demokrasi, hak asasi manusia, budaya dan pendidikan merupakan sesuatu yang diiktiraf tidak kira pembangkang atau parti pemerintah.

“Beliau berusaha dalam pembangunan negara dan Malaysia yang lebih baik. Justeru, kami akan mencadangkan beliau diberi gelaran,” katanya dalam wawancara bersama Nanyang Siang Pau.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai mengulas cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang berpendapat Kit Siang patut dianugerahkan gelaran Tan Sri.

Selain itu, Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin juga menyokong supaya kerajaan memberi penghargaan kepada Kit Siang.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, walaupun DAP mahu mencadangkan Kit Siang diberi anugerah, tetapi keadaan itu juga bergantung kepada sama ada Kit Siang sedia menerimanya.

“Oleh itu, saya tidak boleh mengulas banyak dalam hal ini kerana KIt Siang pernah menolak pelantikan sebagai mentor parti sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Kon Yeow tidak menolak kemungkinan akan ada ketua menteri wanita di Pulau Pinang pada masa yang sesuai.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai calon penggantinya, tetapi menegaskan kesaksamaan gender dalam negara dan juga DAP.

Mengenai hal ehwal parti pula, Kon Yeow berterima kasih kepada ahli kerana membolehkannya mendapat undi kedua terbanyak dalam pemilihan.

Kon Yeow juga mengakui bahawa berbanding pemimpin lain, beliau memberi imej sederhana dan tiada kontroversi kerana tidak terlibat dalam perebutan jawatan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Gelaran Penghasut 13 MAY sepatut diberi kepada Lim Kit Siat..
    Walaupun dia tidak mengakui serta menafikan penglibatan dalam peristiwa tersebut tetapi lim kit siat lah salah seorang disebaliknya

Comments are closed.