Aznil Nawawi atau Pak Nil terharu dengan inisiatif dizahirkan Eskayvie yang menghargai dan menyantuni golongan penghantar makanan.

KUALA LUMPUR – Sejak zaman pandemik Covid-19 hingga fasa peralihan ke endemik 1 April lalu, golongan penunggang motosikal khidmat penghantaran makanan atau e-hailing antara wira dan pekerja barisan hadapan yang disanjungi.

Justeru, bagi menyemarakkan berlabuhnya Ramadan meraikan Syawal kunjung tiba, syarikat bumiputera sepenuhnya yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan iaitu Eskayvie Sdn. Bhd. Program menganjurkan program Bingkisan Raya Rider.

Ia merupakan satu inisiatif murni syarikat itu sebagai tanda penghargaan kepada golongan berkenaan yang melakukan tugas penghantaran sebagai penghantar makanan atau pun bungkusan.

Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil terharu dengan inisiatif yang menghargai dan menyantuni golongan terbabit apabila lebih 500 orang riders menyerbu ibu pejabat syarikat itu di Shah Alam bermula pukul 11 pagi hingga 12 tengah hari.

“Melihat kesungguhan dan kegigihan riders dalam usaha menyara keluarga disamping pentingnya penjagaan kesihatan sewaktu berinteraksi dengan orang ramai, Eskayvie mengambil inisiatif ini untuk sama-sama memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka.

“Ini antara sumbangan kecil kami di Eskayvie termasuklah menyampaikan sumbangan berbentuk duit raya, juadah raya istimewa serta Eskayvie Diffenz.

“Besar harapan kami supaya setiap riders dapat bawa pulang dan kongsikan bersama ahli keluarga atau ibu bapa masing-masing,” kata pengacara itu.

Lebih 500 penghantar makanan hadir pada program diberi nama Bingkisan Raya Rider.

Aznil menambah, golongan riders ini sebenarnya menjadi sebahagian daripada pasukan petugas barisan hadapan yang telah banyak membantu memudahkan urusan kita selama ini.

“Bahkan mereka juga antara yang mengambil risiko mempertaruhkan nyawa demi kelangsungan hidup. Mereka sendiri mudah terdedah kepada pelbagai virus di luar sana.

“Jadi, bekalan Eskayvie Diffenz ini adalah sebagai Ikhtiar kita untuk melindungi diri dan keluarga terutamanya ketika berkumpul beramai-ramai pada hari raya nanti,” katanya.

Tambahnya lagi, inisiatif dilaksanakan selari dengan kempen #KitaIkhtiarSebelumKena yang menekankan kepentingan untuk berikhtiar sebelum dijangkiti sebarang wabak mahu pun penyakit merbahaya lain.

“Eskayvie sangat prihatin dengan penjagaan kesihatan untuk diri dan keluarga, lebih-lebih lagi buat masa ni semua sekatan pergerakan telah dilonggarkan dan masyarakat kini kembali bergaul tanpa sebarang pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

“Namun, kita belum sepenuhnya selamat. Apa saja kemungkinan boleh terjadi. Jadi tatkala balik kampung, kita perlu patuhi SOP dan berikan perlindungan kepada ibu bapa kita.

“Sudah dua tahun kita tak balik meraikan hari raya bersama keluarga, jadi tahun ini bila pulang ke kampung, kita nak riders semua bawa Eskayvie Diffenz dan hadiahkan kepada ibu bapa dan insan tersayang mereka,” katanya.

Aznil bersama orang kuat Eskayvie, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri ( Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie Sdn Bhd. dan isteri, Kartika Wati Mohamed mengagihkan sumbangan kepada ‘rider’.

Sementara itu, Pengarah Urusan jenama itu, Kartika Wati Mohamed  tidak mahu ada di antara mereka dalam diam membawa virus dan menjangkiti ahli keluarga yang lain.

“Terutama sekali ibu bapa kita yang sudah tua. Semestinya kita mahu jadikan raya kali ini lebih bermakna dan bukanlah bertukar menjadi sebuah tragedi.

“Semoga usaha murni ini akan memberi manfaat serta inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk turut sama berkongsi kebaikan dan terus meningkatkan kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan,” kata Kartika Wati yang turut sama mengagihkan sumbangan bersama Pak Nil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast