Tentera Israel menangkap lelaki Palestin semasa pertempuran pada bulan Ramadan. foto AP

BAITULMUQADDIS – Seramai 600 tahanan Palestin ditahan tanpa bicara oleh Israel ketika ini dan jumlah ini merupakan rekod tertinggi sejak tahun 2016.

Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel, HaMoked mendakwa, setakat ini seramai 604 juga sedang ditahan sebagai tahanan pentadbiran.

Dakwanya lagi, hampir semuanya penduduk Palestin kerana jarang tahanan pentadbiran dikenakan terhadap orang Yahudi.

Kata HaMoked, rata-rata mereka telah ditahan atas bukti rahsia tanpa pertuduhan apa-apa malah tidak dibenarkan untuk membela diri di mahkamah.

Antara cara yang digunakan ke atas mereka ialah ditahan untuk tempoh enam bulan sebelum ianya diperbaharui untuk beberapa tahun akan datang.

Israel pernah tampil membela dakwaan itu sambil menegaskan prosedur itu membolehkan pihak berkuasa menahan suspek sambil terus mengumpul bukti.

Namun hak asasi manusia berpandangan sistem itu telah disalahgunakan secara meluas dan menafikan proses yang sewajarnya.

Ramai tahanan Palestin tanpa bicara di tahan oleh tentera Israel berpandukan bukti rahsia.

Setakat ini, seramai 2,441 penduduk Palestin kini sedang menjalani hukuman selepas disabitkan kesalahan di beberapa mahkamah tentera.

“Seramai 1,478 lagi tahanan ditahan untuk disoal siasat, telah didakwa dan menunggu perbicaraan atau sedang dibicarakan,” dakwa HaMoked. – Al Jazeera (https://www.aljazeera.com/news/2022/5/2/more-than-600-palestinians-held-by-israel-without-charge-or-trial)