LOS ANGELES – Gempar apabila sebuah tong mengandungi mayat ditemui dalam Tasik Mead berhampiran Las Vegas dipercayai sudah lebih empat dekad.
Tong yang sudah berkarat teruk itu dijumpai sejumlah individu yang menaiki bot di lokasi berkenaan kelmarin sebelum dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Mayat itu ditemui selepas paras air menurun berikutan kemarau yang buruk.
Amaran telah dikeluarkan kemungkinan lebih banyak mayat ditemui di empangan gergasi itu.
Jurucakap polis, Detektif Leftenan Ray Spencer mendedahkan, pihaknya mengesyaki mayat dalam tong itu adalah mangsa bunuh pada 1980-an berdasarkan barangan peribadi yang ditemui bersama.
“Ada kemungkinan kita akan jumpa lebih banyak mayat di dasar empangan memandangkan air semakin menurun.
“Kita akan dapatkan bantuan pakar di Universiti Nevada bagi anggaran tempoh mayat dalam tong berkenaan,” katanya dalam wawancara.
Tong itu ditemui tertimbus di dasar tasik. – Reuters