Gambar hiasan. Foto Pinterest

ISLAMABAD – Tujuh belas kanak-kanak cedera apabila buaian bot tumbang di daerah utara Waziristan, Pakistan.

Kejadian itu berlaku selepas sebuah syarikat tempatan memasang buaian itu di sebuah kampung di daerah itu pada  perayaan Aidilfitri dan ramai kanak-kanak serta orang dewasa memenuhi tapak itu menaiki permainan tersebut.

Buaian itu tumbang disebabkan beban terlampau dan kerja-kerja pemasangan yang dilakukan tidak berhati-hati, kata sumber.

Pasukan penyelamat bergegas ke lokasi untuk mengangkut kanak-kanak yang cedera ke hospital berdekatan.

Kesemua mereka dilaporkan stabil.

Susulan kemalangan itu, penduduk membantah pemasangan buaian tersebut.

Mereka merayu kepada pentadbiran daerah untuk membatalkan keputusan mereka untuk memasang buaian itu.- Xinhua