Sebahagian pesakit Covid-19 yang dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 18 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan sehingga lewat malam tadi.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes jangkitan itu di Malaysia kepada 35,579.

Jumlah kes baharu yang direkodkan dalam tempoh sama ialah 1,372 termasuk lima kes import.

Kes aktif yang direkodkan ialah 2,241 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 23,276.

Daripada jumlah itu 1,025 menerima rawatan di hospital termasuk 86 di unit rawatan rapi.

Sebanyak 46 atau 0.2 peratus kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh setakat dicatatkan semalam sebnayak 3,610 menjadi angka keseluruhan sebanyak 4,397, 881. – MalaysiaGazette