Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjun dari Jambatan Kampung Raja, Sungai Semantan, Temerloh ditutup hari ini berikutan penemuan mayat mangsa pagi tadi.

KUANTAN – Beberapa penduduk Kampung Lompat yang membantu dan operasi mencari dan menyelamat pada hari ketiga menemukan mayat seorang lelaki yang dikatakan terjun Jambatan Songsang, Temerloh.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, mayat mangsa dijumpai tersangkut di timbunan sampah berhampiran sangkar ikan terbiar di kampung berkenaan hari ini.

“Mayat mangsa pada jarak lebih kurang 750 meter dari tempat kejadian pada pukul 9.01 pagi tadi oleh penduduk kampung Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar berkata, mayat mangsa dibawa Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk proses bedah siasat.

Pada Ahad lalu, mangsa dipercayai terjun dari jambatan  kira-kira pukul 11 pagi dan polis menemukan selipar dan motosikal mangsa di tempat kejadian.

Ahli keluarga mangsa turut mengesahkan mangsa ada menerima rawatan  psikitiari sebelum kejadian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lelaki terjun jambatan pernah terima rawatan psikiatri