Petugas Kesihatan mengendalikan seorang jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan berikutan kes harian di Malaysia semakin meningkat dengan gelombang varian Omicron ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 17 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Malaysia merekodkan 3,029 kes jangkitan baharu Covid-19 setakat lewat malam tadi.

Kesemua jangkitan itu adalah kes tempatan, menurut laman sesawang COVIDNOW.

Enam kes kematian direkodkan semalam termasuk satu kes di luar hospital.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 1,908 kes aktif baharu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28,734.

Angka itu termasuk 1,311 kes yang dirawat di hospital termasuk 42 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu 33 kes atau 0.1 peratus memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette