Petugas kesihatan yang berpakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) memimpin seorang pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 2,017 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat tengah malam tadi dengan empat kes import.

Jumlah itu menjadikan kes keseluruhan sebanyak 4,446,225.

Manakala 10 kes kematian yang dicatatkan dalam tempoh sama termasuk tiga kes berlaku di luar hospital.

Malaysia kini merekodkan 35,630 kes kematian keseluruhan.

Data COVIDNOW turut menunjukkan pertambahan 538 kes aktif termasuk 1,235 kes dirawat di hospital.

Jumlah itu termasuk 38 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara otu, 28,679 kes atau 95.7% kes dikuarantin di rumah.

Kes sembuh semalam pula sebanyak 2,548. – MalaysiaGazette