Gambar hiasan

 

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan antara 10 buah negara yang menjual petrol dengan harga paling murah di dunia pada kadar 46.6 cents seliter.

Venezuela merupakan negara paling murah menawarkan harga petrol kepada 2.2 cents seliter, menurut GlobalPetrolPrices.com.

Manakala harga purata di Indonesia AS$1.136 seliter, Filipina AS$1.50 dan Singapura AS$2.22.

Hong Kong pula merekodkan harga petrol paling mahal kepada AS$2.897 cents seliter

Purata harga petrol di dunia kini sekitar AS$1.36 atau kira-kira RM6 seliter.

Menurutnya, terdapat perbezaan besar dalam harga ini dalam kalangan negara yang mana negara yang lebih kaya mempunyai harga yang lebih tinggi.

Namun ia terkecuali kepada Amerika Syarikat yang merupakan sebuah negara maju tetapi menawarkan harga gas yang rendah.

Manakala negara miskin dan negara yang mengeluarkan dan mengeksport minyak mempunyai harga yang jauh lebih rendah.

GlobalPetrolPrices.com berkata, perbezaan harga ini disebabkan oleh pelbagai cukai dan subsidi petrol.

Menurutnya, semua negara mempunyai akses kepada harga petroleum yang sama di pasaran antarabangsa cuma cukai yang berbeza.

Lantaran itu menyebabkan harga runcit petrol berbeza. – MalaysiaGazette