Aznil merupakan duta bagi produk suplemen kesihatan tempatan, Eskayvie.

KUALA LUMPUR – Selebriti popular, Datuk Aznil Nawawi menyarankan agar ibu bapa menitikberatkan kecerdasan minda anak-anak mereka yang membesar dalam tempoh seleas pasca pandemik.

Duta bagi produk suplemen kesihatan tempatan, Eskayvie itu berkata, ini kerana anak-anak kini boleh kembali ke sekolah dan melakukan pelbagai aktiviti selepas dua tahun terperuk di rumah.

Aznil, 60, atau lebih dikenali Pak Nil mengakui, penggunaan gajet seperti laptop dan Ipad sebagai alat pembelajaran ketika pandemik selama dua tahun boleh membantut dan menggangu kecerdasan emosi (EQ) dan tahap kecerdasan intelektual (IQ) seseorang kanak-kanak.

“Saya tidak sabar hendak melihat kembali anak-anak kembali aktif dan terokai banyak benda sekeliling mereka tambahan lagi bila kita sudah beralih ke fasa peralihan pandemik.

“Jadi, saya memang teruja untuk melihat perkembangan memori dan pembelajaran mereka semasa dan selepas pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran i-Qids iaitu suplemen terbaharu kanak-kanak keluaran Eskayvie di sebuah hotel baru-baru ini.

Aznil yang merupakan bapa kepada tiga anak menambah turut menasihati ibu bapa agar tidak takut memberi vitamin tambahan kepada anak-anak mereka.

Apa yang penting katanya, produk suplemen diformulasi seorang doktor bertauliah, halal dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Majlis pelancaran i-Qids iaitu suplemen terbaharu kanak-kanak keluaran Eskayvie di sebuah hotel baru-baru ini.”Seperti i-Qids ini, dia iformulasikan oleh seorang doktor yang sangat arif dalam bidang perubatan dan mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidangnya.

“Jadi sudah pastinya doktor ini tahu yang mana bagus atau tiak bagus untuk anak-anak.

“Selain itu, i-Qids juga halal dan memiliki sijil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia  dan  paling utama, i-Qids ni produk yang berdaftar dengan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dikawal selia oleh KKM.

“Dengan mengamalkan penggunaan i-Qids, ia diharap membantu kanak-kanak untuk mengaktifkan semula sel-sel otak mereka agar aktif berhubungan satu sama lain,” katanya.

Sementara itu, formulator produk itu, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri berkata, i-Qids merupakan vitamin perangsang minda yang diformulasikan dengan phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka,”

“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, moringa dan prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta
melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.

“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa kanak untuk sentiasa berkurung di rumah, tidak boleh keluar bermain, hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian.

“Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,” katanya. – MalaysiaGazette