Petugas kesihatan, Mafuzah Mohd Said tekun melakukan ujian sampel cecair saringan orang awam bagi mengesan kes positif Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,541 kes jangkitan Covid-19 direkodkan semalam termasuk tiga kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kes terus meningkat kepada 4,455,783.

Data COVIDNOW menunjukkan sebanyak dua kes kematian semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35, 645.

Jumlah kes aktif baharu yang dilaporkan setakat tengah malam tadi pula sebanyak 1,363.

Kes yang dirawat di hospital sebanyak 1,078 termasuk 39 kes di unit rawatan rapi.

Daripada jumlah itu, 25 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh semalam pula sebanyak 2,905. – MalaysiaGazette