Gelagat kanak-kanak yang menerima ujian saringan Covid-19 peringkat DUN Paya Jaras secara percuma yang dilakukan oleh petugas Kesihatan Sel Care Selangor ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan MBSA Seri Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 26 MEI 2021.

KUALA LUMPUR – Angka jangkitan baharu Covid-19 masih di bawah 2,000 kes apabila merekodkan 1,918 kes semalam.

Jumlah itu termasuk 22 kes import.

Data COVIDNOW turut menunjukkan hanya dua kes kematian semalam, menjadikan angka terkumpul 35,647.

Kes aktif yang direkodkan pula sebanyak 24,940 berkurangan sebanyak 208 kes.

Bilangan kes yang dirawat di hospital pula 1,075 atau 4.3 peratus dengan 32 kes di unit rawatan rapi.

Sebanyak 19 kes pula memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette