Seramai 300 pelajar golongan B40 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Tze, Gelang Patah di sini menerima kurniaan bantuan makanan daripada Sultan Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 300 pelajar golongan B40 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Tze, Gelang Patah di sini menerima kurniaan bantuan makanan daripada Sultan Johor hari ini.

Bantuan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) oleh Mejar Cina, Datuk David Wong kepada para pelajar, dengan diiringi guru besarnya, Tan Hooi Fen serta penganjur dan penaja majlis, Datuk Ng Chong Boon.

Datuk David turut melakukan gimik menanam pokok bersempena majlis berkenaan menandakan perhubungan erat antara sekolah dan Istana Johor.

Selain itu, pertandingan melukis bagi menjunjung kasih kepada Sultan Johor atas keprihatinan baginda kepada golongan memerlukan.

Sementara itu, Hooi Fen turut menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada baginda atas kurniaan bantuan makanan.

“Bantuan makanan ini amat dihargai dan saya mewakili SJKC Pai Tze menjunjung kasih kepada Baginda mengurniakan bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya kepada Royal Press Office hari ini. – MalaysiaGazette