KUALA LUMPUR – Penyanyi popular, Aina Abdul menerima pelbagai komen netizen tentang penampilannya yang dikatakan seperti ‘sister’ atau biarawati gereja ketika muncul dalam sidang media konsert A Night With Aina Abdul 2.0.
Ia disiarkan secara langsung di YouTube channel miliknya, semalam.
Aina, 28, akan menjayakan konsert sulungnya pada 25 dan 26 Jun ini di Istana Budaya ini.
Pelontar lagu Sumpah, Semalam dan Sepi memberitahu, jualan tiket sudah terjual lebih 85 peratus, meskipun ada yang terkejut mengenai harganya yang tinggi.
Sebelum ini, netizen mempersoalkan harga tiket konsert A Night with Aina Abdul 2.0 yang mencecah RM1,199.
“Tiket konsert Justin Bieber pun tak semahal ini,” komen netizen. – MalaysiaGazette