Pengarah syarikat yang menjalankan urusan jual beli sarung tangan, Mazne Che Mohd Amin mengaku tidak bersalah atas 14 pertuduhan penggubahan wang haram bernilai lebih RM1 juta, dua tahun lalu ketika di Mahkamah Seksyen, Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 27 MEI 2022.

SHAH ALAM – Seorang pengarah sebuah syarikat mengaku tidak bersalah terhadap 14 tuduhan melakukan penggubahan wang haram berkaitan urus beli sarung tangan membabitkan hampir RM1.33 juta.

Mazne Che Mohd Amin, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan-pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim Helina Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, wanita ini didakwa memindahkan wang milik syarikat NMOQ Trade Sdn Bhd, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke beberapa buah bank termasuk ke dalam akaunnya dan akaun lain secara berasingan antara bulan September hingga Oktober 2020.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Tertuduh boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda hasil aktiviti berkenaan atau RM5 juta atau mana-mana jumlah yang tertinggi jika disabitkan setiap kesalahan.

Hakim Helina Sulaiman menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan 13 Jun 2020 untuk sebutan kes.

Dalam masa yang sama, tertuduh diarahkan menyerahkan passport antarabangsanya kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes selesai.

Pihak pendakwaan diwakili oleh Nor Zalizan Lazarous, manakala tertuduh diwakili peguam, Luqman Mazlan.-MalaysiaGazette