KUALA LUMPUR – Seorang cedera parah manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer (KM) 3.7 Setia Shah Alam menghala ke City Mall pada 11.25 pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Produa Bezza yang dipandu oleh wanita berusia 24 tahun bersama tiga penumpang terbabas selepas melanggar penghadang jalan.

“Penumpang dewasa iaitu satu lelaki dan dua perempuan,” kata kenyataan tersebut.

Tiga mangsa termasuk pemandu berkenaan berjaya keluar sendiri daripada kereta berkenaan.

Manakala seorang lagi penumpang perempuan yang berada di bahagian belakang dipercayai tercampak keluar daripada kenderaan ke atas jalan raya dalam keadaan separuh sedar.

Kesemua mangsa dikenal pasti sebagai Sharifah Nabilah Ismah Syed Osman, 24 tahun (pemandu) dan penumpangnya adalah Muhammad Afif Qusyairy Ohd Halim, 22, Norazuren Alia Azhar, 27.

Seorang lagi mangsa iaitu Nur Fatihah Shohamie 27 tahun merupakan penumpang yang mengalami kecederaan parah.

Menurut PGO Selangor, semua mangsa telah diber rawatan awal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. – MalaysiaGazette