Datuk Seri Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Saifuddin Nasution yang bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti PKR mengucapkan tahniah kepada pencabarnya Rafizi Ramli berikutan keputusan tidak rasmi yang memihak kepada bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

“Biarpun belum dikira keputusan rasmi, namun saya telah mengutus ucap tahniah kepada Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Chang Li Kang dan lain-lain pemenang.

“Syabas juga diucapkan kepada semua yang terpilih Ketua Cabang, Amk dan Wanita Cabang dan Jawatankuasa,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurut Saifuddin, sikapnya mudah dan jelas iaitu menghormati keputusan yang dibuat anggota-anggota parti.

Katanya, amalan demokrasi menentukan ada yang terpilih dan ada yang tidak, justeru jangan sesekali dicarikan silaturrahim sebaliknya semua pihak perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama anggota parti untuk memastikan PKR terus kutat.

Beliau berkata, tugasnya kini tertumpu kepada penganjuran Kongres Nasional pada Jun ini .

“Kongres masih perlu berlangsung dengan tertib dan mengikut peraturan sesuai Akta Pertubuhan 1966,” katanya sambil menambah sekitar 3,000 perwakilan akan memilih 20 Ahli Majlis Pimpinan Pusat.

Menurut Saifuddin, selepas selesai proses tersebut, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden akan mempunyai satu barisan kepimpinan yang lengkap.

“Tugassaya bernoktah di situ.

Tugas seterusnya .. kepimpinan baru mempersiap parti mendepani PRU15.

“Syabas dan tahniah buat semua!”  katanya.

Keputusan yang dia paparkan sehingga malam tadi menyaksikan Rafizi memperoleh 67,895 undi berbanding Saifuddin 48,797 undi.

Sabah, Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Manakala Saifuddin hanya menang di Sabah dan Perlis.

— MalaysiaGazette