Bendera China

WASHINGTON – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk melaksanakan larangan import dari wilayah Xinjiang, China sebaik sahaja undang-undang dikuatkuasakan.

Presiden Joe Biden pada Disember menandatangani Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur (UFLPA) dalam usaha untuk melindungi pasaran AS daripada produk yang berpotensi dicemari oleh pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang, yang mana Kerajaan AS mengatakan China melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap komuniti Muslim Uyghur.

Undang-undang itu termasuk “anggapan boleh disangkal” bahawa semua barangan dari Xinjiang, tempat pihak berkuasa China menubuhkan kem tahanan untuk Uyghur dan kumpulan Islam lain, dibuat dengan kerja paksa.

Oleh itu, AS akan menghalang import dari wilayah ini melainkan jika ia boleh dibuktikan sebaliknya.

China menafikan penyalahgunaan kerja paksa di Xinjiang yang menjadi pengeluar kapas utama,  juga membekalkan banyak bahan dunia untuk panel solar.

Menurut China undang-undang AS itu “memfitnah” situasi hak asasi manusia negaranya. – Reuters