Isham Jalil

PADA 8 Jun lalu, tersebar surat penamatan jawatan Isham Jalil selaku Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor.

Tindakan oleh kepimpinan BN Selangor ini telah menimbulkan pelbagai polemik dan persoalan di semua peringkat.

Figura seperti Isham sentiasa menjalankan peranan dan tugas beliau untuk menaikkan kembali parti UMNO tanpa rasa jemu sejak kerajaan BN kalah semasa PRU 14.

Beliau sentiasa turun padang menjalankan kerja penerangan, menulis dan menjawab tohmahan dari semua pihak, malah rajin pula menyiarkan hasil tulisannya di pelbagai medium media sosial.

Lagi pun, beliau merupakan orang berilmu dan berpengetahuan tinggi, dengan memiliki tahap pendidikan dua sijil sarjana di universiti terkemuka dunia, sekali gus meletakkan beliau sebagai ikon anak muda dalam UMNO.

Tindakan sebegini yang dibuat ke atas beliau, boleh menjatuhkan imej UMNO Selangor dan tidak keterlaluan seluruh Malaysia amnya.

Isham memaklumkan kepada umum yang beliau telah dipecat dari jawatan Ketua Penerangan BN Selangor

Mengapa dan kenapa dilakukan sebegini rupa? Adakah permainan di sebalik permainan oleh pihak tertentu? Atau budaya lama dengan nyahkan siapa yang boleh mengugatkan kedudukan orang lama?

Sudah-sudahlah tu, kena ingat UMNO perlukan lebih ramai pelapis yang berguna demi survival parti untuk masa depan.

Kononnya jawatan tersebut tiada dalam perlembagaan BN adalah satu alasan menghapratkan diri sendiri.

Kita katakan yang kita orang lama kenapa baru tahu? Mengapa ketika hendak melantiknya pada 31 Mei 2020 kita tidak tahu? Adoiiii..

Isham dilantik sebagai Ketua Penerangan BN Selangor dengan persetujuan kepimpinan BN negeri.

Kenapa ambo menulis untuk figura ini? Nak kata kawan rapat taklah sangat, jumpa adalah beberapa kali.

Cuma rasa kesal pihak kepimpinan BN Selangor membuat keputusan yang tidak adil kepada anak muda yang telah mendapat tempat di seluruh negara.- MalaysiaGazette

Rizduan Ibrahim

Rizduan Ibrahim adalah Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Mas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tu lah…lama kelamaan org yg bijak pandai tak kan masuk UMNO..yg masuk semua kaki bodek..belajar bodoh..buat statement pun buat org ketawa..UMNO akan ramai dgn org2 mcm Jamal Yunus, Shahidan dan Tajudin Rahman..org mcm mrk ni nak bersaing dan berdebat dgn Rafizi kaa? aiyoooo

Comments are closed.