KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada jaguh pelari menara negara, Soh Wai Ching yang mengesahkan statusnya sebagai nombor satu dunia.

Wai Ching mengungguli kategori keseluruhan saingan Tunnel to Towers Climb NYC di New York, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ismail Sabri berkata, Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian Soh dan berharap beliau terus mengekalkan momentum kejayaan.

“Tahniah Soh Wai Ching kembali ke status nombor satu dunia!.

“Keluarga Malaysia… jadikan kejayaan yang telah diukir oleh ahli keluarga kita sebagai inspirasi untuk sama-sama membina kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia,” kata hantaran itu.