Sebuah rumah milik pemimpin Islam diarah dirobohkan selepas dituduh mencetuskan rusuhan. Foto Reuters

NEW DELHI – Pasukan keselamatan di India telah merobohkan rumah beberapa tokoh Islam yang didakwa ada kaitan dengan rusuhan yang dicetuskan oleh kenyataan menghina Nabi Muhammad.

Bagaimanapun, pemilik-pemilik rumah di Uttar Pradesh diminta untuk mengosongkan rumah mereka terlebih dahulu.

Umat ​​Islam melakukan protes selepas komen anti-Islam dibuat oleh dua ahli politik dari Parti Bharatiya Janata (BJP).

Kenyataan Nupur Sharma yang disiarkan melalui televisyen dua minggu lalu telah mencetuskan bantahan dan kemarahan umat Islam di India serta pelbagai negara Islam, malah ramai menuntut wanita itu ditahan.

Dalam pada itu, polis telah menahan lebih 300 orang berhubung rusuhan itu.

Kenyataan itu menimbulkan kemarahan umat Islam India dan negara-negara Islam.

Ketua unit media Delhi Parti BJP, Naveen Kumar Jindal, juga dipecat kerana berkongsi syot skrin komen Sharma menerusi Twitter.

Komen-komen mereka terutama daripada Sharma telah mencetuskan protes di beberapa negeri.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath, kemudian mengarahkan mana-mana pertubuhan haram dan rumah orang yang dituduh terlibat dalam rusuhan di sana minggu lalu dirobohkan, kata jurucakap negeri BJP.

Satu rumah yang dirobohkan ialah rumah ahli politik bernama Javed Ahmed, kata Hindustan Times.

Anak perempuannya, Afreen Fatima, adalah seorang aktivis hak asasi Islam yang terkenal.

Kediaman dua lagi orang yang didakwa membaling batu selepas solat Jumaat turut dirobohkan di negeri ini.

Mrityunjay Kumar, penasihat media Yogi Adityanath, berkongsi ciapan gambar jentolak merobohkan sebuah bangunan dan berkata: “Unsur-unsur yang tidak dikawal, setiap hari Jumaat diikuti hari Sabtu.”

Terdapat kecaman yang meluas terhadap perobohan itu.

Pengkritik berkata, komen Sharma dan Jindal mencerminkan polarisasi agama mendalam yang telah disaksikan negara sejak beberapa tahun lalu.

Ucapan kebencian dan serangan terhadap umat Islam telah meningkat dengan mendadak sejak BJP berkuasa pada 2014. – BBC