Foto Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid sudah memulakan pra sekolah sempena sesi persekolahan yang kembali bermula hari ini.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Siti Nurhaliza memberitahu, anaknya tidur awal malam tadi dan begitu semangat untuk bersekolah.

“Alhamdullillah, hari ini first day Aafiyah masuk preschool .. Malam semalam Aafiyah tidur awal, bangun tadi ayah kejutkan dia, kata nak masuk sekolah dia tak cranky pun.. Bersiap cantik dan siap pose lagi depan ayah dan ibu dengan baju sekolah.

“Semangat betul dia nak ke sekolah. Subhanallah, sampai sekolah depan pintu kelas, dia terus masuk tak tengok belakang dah .. Ayah ibu yang panggil minta salam.. ibu nak nangis tapi tahan sahaja.

“Semoga Allah pelihara anak ibu dan Aafiyah menjadi hamba Allah yang terang hati, diberikan kelancaran dapat menuntut ilmu agama, dunia akhirat dan hamba yang memberi manfaat kepada insan lain. Amin ya Rabb.” tulisnya. – MalaysiaGazette