Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini meminta pihak yang menuduh beliau telah dibayar oleh kartel tertentu supaya menamakan kartel tersebut.

Katanya, beliau sebelum ini pernah dituduh menerima rasuah dan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Tan Sri Musa berkata demikian dalam sidang media Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia di Kuala Lumpur.