Datuk Seri Jamal Md Yunos
Sungai Besar UMNO Youth Chief, Datuk Seri Jamal Md Yunos Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak sepatunya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, sebaliknya Nur Jazlan perlu memberi fokus kepada memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan pucuk pimpinan UMNO.

“Datuk Seri Ismail Sabri hari ini sedang memikul beban kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Sekiranya kita tidak mahu bersimpati pun, sebaiknya janganlah memburukkan lagi keadaan.

“Beliau tidak sepatutnya merendahkan peranan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Nur Jazlan pada Rabu yang melabelkan menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.

Kenyataan Nur Jazlan itu dipercayai merujuk kepada kelewatan Perdana Menteri yang membuat keputusan mengenai jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.

Dalam pada itu, Nur Jazlan sepatutnya bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir negara pada hari ini adalah Perdana Menteri daripada UMNO.

“Perlu diingatkan bahawa kerajaan (kegagalan) hari ini adalah kerajaan sementara yang di ambil alih daripada kegagalan 22 bulan Kerajaan PH,” katanya lagi. – MalaysiaGazette