KUALA LUMPUR – Negara merekodkan lapan kes kematian akibat Covid-19 semalam termasuk satu kes berlaku di luar hospital.
Ini menjadikan kes kematian bertambah kepada 35,754.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,894 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul 4,520,824.
Enam daripadanya kes import, menurut laman sesawang COVIDNOW.
Kes aktif pula 28,093.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,150 kes dirawat di hospital dengan 34 kes ditempatkan di unit rawatan rapi.
Daripada jumlah itu 20 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette