Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (tiga dari kiri) bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, YBhg Dato’ Sri Amrin Awaluddin (empat dari kiri) ketika sesi penyerahan sumbangan replika kunci van kepada wakil penerima di Majlis Serahan Perdana Program Mobiliti TH di Kompleks Islam Putrajaya.

KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbang sebanyak 40 buah kenderaan (van serbaguna) bernilai RM5.4 juta kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih menerusi Program Mobiliti TH di Majlis Serahan Perdana Program Mobiliti TH.

Program Mobiliti TH ini juga merupakan salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan dalam Aspirasi Keluarga Malaysia untuk pencapaian enam bulan pertama tahun ini.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, sejak diperkenalkan pada tahun 2016, TH telah menyumbang lebih 96 buah kenderaan kepada masjid, surau, Pusat Tahfiz serta rumah kebajikan terpilih di seluruh negara untuk manfaat lebih 300,000 ahli kariah.

”Pada awalnya, sumbangan dibuat kepada masjid-masjid yang memerlukan kenderaan untuk pengurusan jenazah dan aktiviti ahli kariah setempat.

”Namun bermula tahun 2021, program ini telah diperluaskan meliputi badan-badan kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah orang tua dan pusat penjagaan OKU kerana terdapat banyak badan-badan kebajikan di Malaysia yang tidak mempunyai pengangkutan yang selamat dan sesuai untuk para penghuni mereka menjalankan aktiviti harian”, tambah beliau.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast