Sebahagian peserta yang menyertai Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang memegang plakad bantahan di Jada-an Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Polis telah mengena lpasti pihak bertanggungjawab menganjurkan Himpunan Bantahan Kenaikan Harga Barang di pekarangan Masjid Jamek di Kampung Baru hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kesemua individu yang dikenal pasti itu akan dipanggil untuk hadir ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat.

“Perhimpunan bantah kenaikan harga barang yang diadakan penganjur tidak mendapat kebenaran atau permit daripada polis untuk berkumpul.

“Maka kami sudah mengenalpasti penganjur bantahan itu, dan mereka akan dipanggil dalam masa terdekat ke IPD untuk mengambil keterangan membantu siasatan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu Noor Dellhan berkata, polis juga mengenal pasti beberapa pemimpin politik pembangkang yang menyertai dan berucap dalam himpunan tersebut.

“Mereka (pemimpin politik) juga akan disiasat dan dipanggil hadir ke balai untuk merakam keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

Ditanya hasil pemantauan pihaknya dalam himpunan tersebut, tambah beliau, ia bermula ketika orang ramai mula meninggalkan masjid selepas solat Jumaat di Masjid Jamek petang tadi kira-kira pukul 2 petang dan mula bersurai dalam pukul 2.35 petang.

“Anggaran individu yang menyertai himpunan itu adalah antara 50 hingga 60 orang dan beberapa wakil ada memberikan ucapan dan keadaan terkawal tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barang kemuka tiga tuntutan kepada kerajaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast