Dr. Sharifudin Md. Shaarani

KUALA LUMPUR – Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang baharu, berkuat kuasa semalam, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Makanan dengan Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Makanan dari University of Reading, United Kingdom sebelum melanjutkan pengajiankeperingkat Ijazah Kedoktoran dalam bidang Medicinal Chemistry dari Universiti Cambridge, United Kingdom.

Sharifudin, 51, pernah menjawat jawatan sebagai Dekan, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama sembilan tahun dan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi USIM sebelum dilantik sebagai
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM pada 16 Februari lalu.

Beliau telah turut diberi kepercayaan untuk menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor USIM berkuat kuasa mulai 10 Mei 2022.

Sharifudin juga mempunyai wibawa kesarjanaan yang dihormati rakan akademik dan kementerian yakin beliau mampu meneraju USIM sebagai salah sebuah universiti pilihan serta seterusnya melonjakkan kecemerlangan akademik negara secara keseluruhan.

”Kementerian turut mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaandan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohamed Ridza bin Wahiddin atas jasa bakti beliau menerajui USIM sebelum ini,” kata Noraini. – MalaysiaGazette