Dr Asmadi Abdul Rahman

KUANTAN – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 menerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, sumbangan berbentuk wang tunai itu bagi membantu mangsa banjir kepala air di Baling, Kedah pada insiden petang Isnin lalu.

Jelasnya, MUIP memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk membantu mereka yang ditimpa musibah.

“Sedia maklum ekoran insiden di Baling itu, ramai mangsa banjir mengalami kerugian harta benda dan kehilangan nyawa akibat bencana.

“Justeru pihak MUIP berharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.

ARTIKEL BERKAITAN :

120 sukarelawan Pahang bantu mangsa banjir Kedah

Bantuan wang kepada mangsa banjir Pahang ditambah – MB

MUIP agih RM170.9 juta kepada golongan asnaf

“Semoga mangsa banjir dan kepala air di Baling bersabar dengan ujian yang diterima, mungkin ada hikmah di sebalik musibah ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu MUIP menyumbang kira-kira RM100,000 kepada mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan manakala Kedah merupakan negeri ketiga dibantunya. – MalaysiaGazette