Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah mendapatkan perintah sambung reman terhadap seorang tukang gunting rambut yang ditahan polis kerana menculik dan melarikan bekas kekasih serta anak lelakinya dalam kejadian pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sambung reman sehingga Khamis ini bagi membantu polis melengkapan siasatan.

“Suspek yang ditahan sebelum ini telah direman sejak Sabtu lalu selama empat hari untuk membantu siasatan polis.’

“Memandangkan tempoh reman pertama ke atas suspek berakhir pada hari ini (Selasa), kita mengemukakan permohonan sambung reman suspek di  Mahkamah Majistret Shah Alam,, katanya ketika dihubungi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang gunting larikan bekas kekasih ditahan polis

Tukang gunting rambut culik bekas kekasih direman

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Suspek, 26, dijangka dituduh di mahkamah pada Khamis ini. – MalaysiaGazette