KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai status beliau sebagai Duta Besar Indonesia.
“Apa status Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Indonesia? Tajuddin akan keluarkan kenyataan,” katanya ringkas kepada media.
Ismail Sabri berkata demikian ketika diasak wartawan mengenai kedudukan Ahli Parlimen Pasir Salak itu selepas menghadiri pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan di Wisma Perwira, hari ini.
Semalam, kedudukan Tajudddin sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia tidak dapat ditentukan apabila tidak disenaraikan dalam empat duta yang mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua perwakilan Malaysia keluar negara yang berlangsung di Istana Negara.
Hanya Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Lim Juay Jin, Shahril Effendi Abd Ghany (Jepun), Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah (Arab Saudi) dan Khairi Omar (Iran) yang menjadi penerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan Malaysia keluar negara.
Media yang memetik sumber sebagai berkata, nama Tajuddin digugurkan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.
Sumber mendakwa, kerajaan ‘berubah hati’ mengenai pelantikan Tajuddin. – MalaysiaGazette