KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihati tidak bertangguh untuk membina kediaman jika sudah mempunyai bajet yang mencukupi kerana harga rumah semakin hari semakin tinggi harganya.
Pengerusi Eksekutif Al Ansar IBS PLT, Datuk SeriMuhamad Khanafi Husin berkata, individu tidak seharusnya menunggu bajet lebih selesa dan berharap menambah jumlah kewangan lebih banyak tetapi akhirnya berputih mata dan terpaksa mengumpul semula dari bawah akibat kenaikan harga berlaku.
“Sebagai kontraktor, saya menyaksikan saban tahun harga rumah apa jenis sekali pun akan meningkat. Jika dahulu harga rumah mampu milik tiga bilik tidur di bawah harga RM200,00 tetapi kini semuanya melebihi harga tersebut.
“Sebaiknya dengan bajet yang ada bina dahulu kediaman dan adakan perbincangan dengan pihak kontraktor supaya pelbagai pelan perancangan jangka panjang dapat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Promosi Merdeka Banglo IBS 2022.
Khanafi turut menyarankan orang ramai mengambil peluang membina rumah atas tanah sendiri dengan merancang bentuk dan rekaan yang sesuai dengan penambahan bajet akan datang.
“Misalnya rekaan dibeberapa bahagian akan ditambah lima hingga 10 tahun akan lagi, jadi keluasan binaan sekarang dengan keluasan tanah mesti disukat dengan betul.
“Inilah kelebihan membina banglo atas tanah sendiri kerana kita boleh merancang jika dibandingkan membeli kediaman yang telah siap dengan harga yang jauh lebih tinggi,” katanya.
Beliau juga mengajak orang ramai membina kediaman ketika promosi diadakan kerana berpeluang menikmati diskaun dan barangan kediaman secara percuma.
“Sempena bulan kemerdekaan, Al Ansar melancarkan Promosi Merdeka Bina Banglo IBS serentak dengan Promosi Merdeka Sabah yang bermula mulai 13 Julai laluhingga 22 September 2022. Dalam tempoh tersebut, sebanyak 35 unit banglo dengan nilaian sebanyak RM8 juta disasarkan.
“Jumlah tersebut termasuk untuk kedua-dua promosi yang dilancarkan iaitu sebanyak 15 unit banglo dengan jualan RM3juta di semenanjung dan 20 unit banglo dengan nilaian jualan RM5 juta di Sabah,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Al Ansar, Mohd Farizal Tumiran berkata, sepanjang promosi Al Ansar menawarkan harga kediaman di bawah RM200,000 sebuah selepas diberikan potongan harga sebanyak lapan hingga 10 peratus.
Orang ramai juga katanya berpeluang menerima televisyen Android 40 inci, rebat sebanyak RM1000 hingga RM2,000 sekiranya membuat bayaran tempahan ketika happy hour.
Harga-harga banglo sepanjang promosi juga diberikan diskaun dengan tawaran tiga rekabentuk istimewa.
Setiap banglo juga dilengkapi lampu dan kipas percuma, kornis siling di ruang tamu, ruang makan dan keluarga serta televisyen LED 32 inci,
Sementara itu, Al Ansar sebelum ini telah melebarkan sayap ke Sabah memberi tumpuan pembinaan di Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Papar. – MalaysiaGazette