Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Majlis Perasmian Program Pemilikan Perumahan dan Karnival Jom Beli Rumah yang diadakan di Pusat Pameran Midvalley (MVEC), Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 15 JULAI 2022.

KUALA LUMPUR – Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) masih belum mengeluarkan keputusan permohonan UMNO meminda perlembagaan untuk mengadakan pemilihan parti enam bulan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) perlu dirujuk kepada setiausaha agung parti itu.

Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Datuk Seri Ahmad Maslan boleh memberi penjelasan tentang isu tersebut.

“Tanya Ahmad Maslan,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran Home Ownership Programme (HOPE) dan Pelancaran Karnival Jom Beli Rumah 2022 di Pusat Pameran Mid Valley di sini hari.

Laporan media sebelum ini yang memetik Ismail Sabri menyatakan keputusan permohonan itu bakal diperoleh pada 16 Julai ini iaitu esok.

Pada 7 Julai lalu, RoS dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan berhubung permohonan pindaan perlembagaan UMNO akan diketahui selewat-lewatnya pada 16 Julai ini.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemuka kepada RoS pada 17 Mei lalu manakala Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata, RoS mempunyai masa sehingga 60 hari untuk membuat keputusan berhubung permohonan pindaan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast