Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengecam kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengkritik kerajaan ekoran kenaikan harga barang.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, takkan Anwar tidak tahu bahawa inflasi adalah masalah besar dunia sekarang yang disebabkan gangguan rantaian bekalan akibat pandemik Covid-19 dan perang Rusia-Ukraine.

Menurut Najib, kadar inflasi United Kingdom dan Amerika Syarikat lebih 9.0% iaitu paling tinggi sejak 40 tahun lalu.

Tetapi kadar inflasi Malaysia tak seteruk negara-negara itu kerana kerajaan banyak memberi subsidi.

”Korang kata BN bersamaan dengan Barang Naik tapi BN tak ada pun di UK dan USA. Tapi yang paling menarik sekali ialah orang PH serang kerajaan tiap-tiap hari.

”Tak kompeten lah, korup, perkauman lah, tak mampu jaga harga barang lah. Menyusahkan rakyat lah,” ajuknya.

Namun, kata Najib, apabila disuruh tarik balik perjanjian persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) tidak pula mahu berbuat demikian.

Sebaliknya, PH masih mahu menyokong kerajaan yang mereka kritik sebagai tidak kompeten, perkauman, tidak mampu mengawal inflasi dan menyusahkan rakyat.

”Giler ke apa, korang?

”Kata kerajaan buruk dan susahkan rakyat tapi masih bermati-matian sokong kerajaan melalui MOU? Suruh korang cancel MOU macam suruh korang menari dengan pontianak pula,” ujarnya. – MalaysiaGazette