KUALA LUMPUR – “Sendiri kata tak cukup sokongan majoriti sebab tolak bersuhabat dengan perasuah tapi boleh pulak menghadap Istana untuk claim bahawa dia ada sokongan majoriti yang cukup?”
Itu soalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap ucapan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Kongres PKR hari ini.
“Anwar kata dia sudah jadi PM dengan sokongan majoriti sekiranya bersuhabat dengan perasuah. Pada masa yang sama, Anwar juga kata parti dia PKR kurang dapat sokongan Melayu.
“Bermaksud mereka bergantung kepada parti DAP untuk undi bukan Melayu. Bermaksud dia dan parti dia bergantung nasib pada perasuah terowong,” tulis Najib di media sosialnya hari ini.
Sebab itu, katanya, Anwar tak pernah bunyi tentang pendedahan atas pendedahan kes mahkamah terowong.
Mengenai isu terowong, katanya, kesemuanya Anwar membisu dan buat-buat tak nampak sebab bergantung nasib kepada perasuah terowong.
“Lagi pun apa yang Anwar dakwa itu tidak masuk akal. Dia kata dia tak cukup sokongan majoriti dan tak dapat menjadi PM sebab dia tolak sokongan perasuah.
“Tapi boleh pulak dia umum pada dunia bahawa dia ada sokongan majoriti yang padu dan menyakinkan biarpun dia kata dia tak cukup sokongan majoriti.
“Boleh pulak dia naik kereta Jaguar menghadap Istana untuk mempersembahkan bahawa dia ada sokongan majoriti masa itu?
Apa? Cubaan menipu Istana masa itu ke? Nama siapa yang sokong pun dia tak mampu beri,” kata Najib lagi.- MalaysiaGazette