SPRM

PUTRAJAYA – Seorang ketua pegawai eksekutif wanita dan seorang pengarah lelaki telah  ditahan di sekitar Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 petang semalam bagi membantu siasatan berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana Program Insentif Pengambilan Pekerja (PenjanaKerjaya).

Menurut sumber, suspek lelaki, 41, direman selama empat hari mulai hari ini sehingga 21 Julai depan selepas Majistret Mohd. Dinie Shazwan Ab. Shukor membenarkan permohonan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Manakala, K

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai telah mengemukakan invois Program Latihan Insentif Pengambilan Pekerja yang mengandungi butiran palsu kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi memperolehi bayaran di bawah peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) berjumlah kira-kira RM700,000 sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambahnya, operasi dan siasatan masih diteruskan dan tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Pada 14 Julai lalu, SPRM telah menahan 37 individu di beberapa buah negeri bagi membantu siasatan berkaitan isu tersebut dan tiga lagi individu ditahan di Johor dan Pulau Pinang sehari kemudian bagi membantu siasatan kes yang sama.

Setakat ini, jumlah keseluruhan suspek yang ditahan menerusi Ops Hire adalah seramai 42 individu. – MalaysiaGazette