Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng dan BBP Kuantan memastikan api dipadamkan sepenuhnya di sebuah pasar raya di Balok, Kuantan

KUANTAN – Sebuah pasar raya di Bandar Balok, di sini hampir rentung terbakar dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, hanya 12 peratus  premis perniagaan ini telah dijilat api.

Keadaan dalam sebuah pasar raya di Balok, Kuantan yang terbakar awal pagi hari ini

Bagaimanapun, pihak bomba melakukan pemeriksaan di premis terbabit untuk memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya.

Tambahnya, operasi pemadaman kebakaran melibatkan dua pegawai dan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng dibantu BBP Kuantan.

Menurut Zulfadli, tiada mangsa yang terlibat dan anggaran kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast