Penyampaian surat lantikan oleh Perdana Menteri, Datuk' Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi PTPTN yang baharu, Apli sambil disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad di Bangunan Parlimen semalam.

KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Apli Yusoff telah dilantik sebagai Pengerusi  Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baharu.

Beliau menggantikan Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Apli Yusoff

Pelantikan Apli bagi tempoh bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 18 Julai lalu, kata satu kenyataan PTPTN hari ini.

Apli, 52, berkelulusan Ijazah Kepujian Kejuruteraan
Bahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1994.

Selain Ahli Lembaga Pengarah UniSZA, beliau juga Ahli Lembaga
Pengarah SME Corporation Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah MARA Incorporated Sdn Bhd.

Beliau juga merupakan Presiden Squash Racket Association of Terengganu, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi GAGASAN Kebangsaan.

“Beliau sebelum ini pernah menyandang beberapa tanggungjawab antaranya pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Tati Production Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Pengarah PTB Securities Sdn Bhd.

“Semoga dengan pengalaman beliau dapat membantu PTPTN menjadi sebuah agensi Kerajaan yang disegani sekali gus merealisasikan usaha PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan utama negara,” kata kenyataan yang sama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast