LONDON – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Manchester City masih berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan Brighton & Hove Albion, Marc Cucurella pada musim panas ini walaupun harga pemain itu melonjak tinggi.
Harga pasaran pertahanan tersebut yang diletakkan oleh Brighton ke atas Cucurella sebanyak £50 juta.
The Sun melaporkan, City menganggap harga tersebut terlalu tinggi dan menyifatkan nilai £30 juta adalah harga lebih logik buat pemain tersebut.
City ketika ini hanya mempunyai Joao Cancelo sahaja sebagai pemain pertahanan kiri selepas pemain pertahanan mereka bakal bersama Arsenal musim depan iaitu Oleksandr Zinchenko dengan nilai harga £32 juta.
Dua pemain pertahanan yang boleh beraksi di posisi tersebut ketika kecemasan iaitu Aymeric Laporte serta Nathan Ake jika Cancelo tidak dapat diturunkan.
Pengurus kelab, Pep Guardiola tetap mahu seorang lagi pertahanan kiri dan melihat Cucurella sebagai sasaran paling sesuai ketika ini buat City setelah potensi yang dipamerkan beliau bersama Brighton musim lalu cukup memuaskan.
Pemain tersebut menyertai Brighton pada Ogos tahun lalu daripada Getafe dengan nilai perpindahan sebanyak £15 juta dan memberi impak positif bersama pasukan sepanjang saingan liga.
Menurut ESPN lagi, ketika ini City masih belum berminat untuk mengadakan pertemuan bersama Brighton bagi membincangkan nilai harga diletakkan kelab tersebut sebanyak £50 juta buat Cucurella.
City hanya akan membuat perbincangan dengan lebih serius untuk mendapatkan pertahanan tersebut sekiranya tawaran harga lebih rendah diletakkan oleh Brighton.
Untuk rekod perpindahan semasa, City akan memperoleh keuntungan hampir £60 juta daripada urusan perpindahan musim panas mereka apabila Zinchenko mengesahkan perpindahannya ke Arsenal.
Selain itu mereka juga telah menambah kekuatan baharu dalam barisan skuad kendalian Pep seperti Erling Haaland, Kalvin Phillips serta Julian Alvarez. – Agensi
https://www.thesun.co.uk/sport/football/19266007/man-city-brighton-cucurella-zinchenko-transfer/