Foto: FB Sydney McLaughlin

EUGENE, Amerika Syarikat – Pelari acara 400 meter lari berpagar wanita dari Amerika Syarikat (AS), Sydney McLaughlin memecahkan rekod dunia di Kejohanan Olahraga Dunia, di sini, pada Jumaat.

Juara Olimpik berganda itu mencatat masa 50.68 saat sekali gus memperbaiki rekod dunia 51.41 saat yang diciptanya sendiri pada Kejohanan Balapan dan Padang AS di trek yang sama pada Jun, lapor Xinhua.

Femke Bol dari Belanda merangkul perak dengan catatan masa 52.27 saat manakala rakan senegara McLaughlin, Dalilah Muhammad yang mencatat 53.13 saat meraih gangsa. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast