Suasana di sekitar Pelabuhan Klang dan Port Klang Free Zone di Ibu Pejabat Port Klang Free Zone (PKFZ), Pelabuhan Klang.

KUALA LUMPUR – Ekonomi negara dijangka berkembang sederhana 4.1% pada tahun 2023 berbanding 5.2% pada tahun ini, menurut CGS-CIMB Research.

Jangkaan itu mengambil kira peningkatan risiko kemelesetan global dan Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan.

Firma penyelidikan itu berkata, kadar faedah diunjur pada 2.5% pada akhir tahun ini dan 3.0% pada akhir tahun depan.

“Sekiranya berlaku kemelesetan di AS, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup menjadi sederhana dan lemah dalam tempoh enam dan lapan bulan,” katanya yang mengunjurkan Kadar Dana-Dana Rizab Persekutuan sebanyak 4.0% pada separuh pertama 2023.

CGS-CIMB Research menambah, perdagangan luar Malaysia juga akan merasa kesan kelembapan global apabila korelasi pertumbuhan negara dengan ekonomi global semakin kukuh sejak 10 tahun lalu.

“Pasaran buruh yang ketat juga berkemungkinan berterusan memandangkan aliran masuk pekerja asing yang terhad berbanding keperluan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast